suria

Badan kurus, muka cengkung sebab sakit… Ada yang dakwa pelakon ini dibuang keluarga

Keadaan terkini Fahmi menyebabkan ramai rasa simpati.

KEADAAN terkini pelakon Indonesia, Fahmi Bo menimbulkan rasa simpati ramai apabila penampilannya kelihatan semakin kurus dengan wajah cengkung serta tidak bermaya. 

Menerusi satu video tular di Instagram, tubuh Fahmi, 52, dilihat terlalu lemah selepas dikatakan sukar untuk makan sejak dua minggu lalu sehingga menyebabkan kesihatannya semakin merosot.

Perubahan itu membuatkan ramai netizen meluahkan rasa bimbang, malah ada yang mempersoalkan keberadaan ahli keluarganya ketika dia berdepan saat sukar ini.

Fahmi dikatakan derita penyakit lemah jantung. 

"Ya Allah, ke mana anak, isteri dan keluarganya?"

"Patutlah jarang nampak di TikTok sekarang ini. Semoga cepat sembuh ya," tulis netizen. 

ARTIKEL BERKAITAN: Tom Holland dikejarkan ke hospital selepas aksi lagak ngeri Spider-Man tidak menjadi, alami gegaran otak  

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon kongsi rahsia pelik, tukar katil kecil untuk eratkan kasih sayang

Untuk rekod, pada Ogos lalu Fahmi pernah dimasukkan ke hospital selama sembilan hari selepas disahkan menghidap lemah jantung.

Selain masalah kesihatan, Fahmi juga sebelum ini berdepan kesempitan kewangan hingga terpaksa melakukan siaran langsung di TikTok bagi mendapatkan duit untuk menampung kehidupan sehariannya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain