PELAKON Matthew McConaughey berkongsi petua rumah tangga yang disifatkan pelik tetapi berjaya mengekalkan keharmonian sepanjang 13 tahun perkahwinannya.
Menurut Matthew, 55, dia dan isteri, Camila Alves membuat keputusan luar biasa dengan menukar katil daripada saiz king ke queen.
Jelasnya, katil besar membuatkan mereka tidur berjauhan seolah-olah ada jarak seperti padang bola di antara mereka.
Matthew kongsi rahsia rumah tangga yang diamalkannya.
"Bila bangun pagi saya tengok isteri jauh sangat jadi saya tak sentuh dia," katanya dalam satu temu bual.
Namun apabila menukar saiz katil yang lebih kecil, mereka kini tidur lebih rapat dan selalu bersentuhan walaupun sedang lena dibuai mimpi.
Dia juga mengakui tidak memerlukan katil besar kerana anak-anaknya kini tidur di bilik masing-masing.
ARTIKEL BERKAITAN: Matthew McConaughey Dapat Anak Perempuan
ARTIKEL BERKAITAN: Matthew McConaughey Lamar Kekasih Selepas Lima Tahun
"Sekarang, bahu kami sentiasa bersentuhan. Ada kehangatan yang berterusan. Ia kecil, tapi beri kesan besar,” tambahnya lagi.
Bagi Matthew, keintiman dalam perkahwinan datang daripada perkara kecil seperti ini, bukan hanya kejutan besar.
Petua tersebut turut mendapat perhatian ramai yang menganggap ia unik dan mungkin patut dicuba setiap pasangan yang sudah berumah tangga.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube