suria

Pelakon didekati lelaki kaya, dilamar jadi ‘sugar baby’

Pelakon dilamar jadi sugar baby.

PELAKON Singapura Cheryl Chitty Tan mendedahkan dirinya pernah dilamar seorang lelaki kaya untuk menjadi sugar baby.

Cheryl, 36, berkata awalnya dia dekati seorang lelaki yang dianggap meminati seni dan sering hadir ke persembahan teater yang disertainya.

Malah dia sering memuji bakat yang dimiliki Cheryl dan menawarkan diri untuk menajanya. 

Cheryl kongsi pengalamannya diganggu lelaki gatal.

“Dia mula memuji bakat saya, kemudian cakap nak taja saya dan bertanya kalau saya nak berpindah ke luar negara. Lebih pelik, dia sebut Rusia," kongsinya di sebuah hantaran Instagram.

Kata Cheryl,  lelaki berkenaan mempunyai niat yang baik kerana sangat dikenali dalam dunia seni.

Selepas beberapa bulan berhubung mereka akhirnya bertemu secara bersemuka dan akhirnya dia memahami niat sebenar lelaki itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Peserta program realiti didakwa hutang RM3,600, tipu transaksi

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon terkenal rugi jutaan ringgit, ditipu ahli perniagaan Malaysia

"Dia pandang saya dan kata tiada apa yang percuma. Fikirkan apa yang saya boleh beri kepada dia sebagai balasan.

“Waktu itu barulah saya sedar. Oh! Rupa-rupanya dia nak saya jadi sugar baby dia!," luahnya.

Cherly mengakui seorang neurodivergen.

Menurut Cherly, dia tidak mengecam wanita yang memilih jalan hidup seperti itu namun kecewa apabila lelaki berkenaan tidak berterus terang dengan dirinya lebih awal. 

“Saya perlukan orang yang berterus terang. Kalau awak cakap separuh jalan, saya memang takkan faham," katanya lagi.

 

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain