suria

Miliki rupa paras mirip IU, pempengaruh digelar 'Dark IU' kerana terlibat dalam industri hiburan dewasa

Ai Yo (kanan) dikatakan memiliki wajah yang mirip dengan IU.

SEORANG personaliti media sosial bernama Ai Yo menarik perhatian ramai apabila sering dibandingkan dengan penyanyi Korea Selatan, IU.

Bukan sahaja memiliki rupa paras yang hampir seiras, malah karakter Ai Yo yang lembut dan manis turut dikatakan menyerupai personaliti bintang K-pop itu.

Kedua-duanya berkongsi ciri fizikal seperti mata yang besar serta bentuk wajah yang hampir sama. 

Netizen gelarkan Ai Yo sebagai Dark IU.

Namun begitu, Ai Yo sering digelar sebagai versi “gelap” kepada imej IU.

Gelaran tersebut merujuk kepada latar belakang serta pilihan kerjaya Ai Yo yang berbeza daripada penyanyi berkenaan.

Difahamkan, Ai Yo sebelum ini aktif dalam bidang hiburan dewasa secara amatur dan pernah menghasilkan kandungan bersama suaminya, yang kini telah bersara daripada industri berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN:Sudah biasa hidup berdikari, IU tolak warisi harta pusaka keluarga

ARTIKEL BERKAITAN: Tabiat kunyah 150 kali sebelum telan bawa padah, gigi IU rosak teruk

Terbaharu, Ai Yo mengumumkan akan memulakan langkah secara profesional dalam industri hiburan dewasa.

Ai Yo baru-baru ini memenangi sebuah pertandingan di platform penstriman khas yang menawarkan peluang menandatangani kontrak bernilai 500,000 Taiwan Dollar (RM69,600) serta memulakan kerjaya profesionalnya di Jepun.

Dengan populariti yang terus meningkat, Ai Yo kini menjadi bualan hangat di media sosial, selain dikenali dengan gelaran “Dark IU” oleh netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain