suria

Tak fasih berbahasa Inggeris, Ruben Onsu kelaparan sepanjang penerbangan ke India

Ruben dan Zaskia pernah berlapar di dalam pesawat hanya kerana kurang mahir berbahasa Inggeris.

PELAKON dan pengacara Ruben Onsu, 42, mendedahkan dirinya berdepan pengalaman mencuit hati apabila kelaparan sepanjang perjalanan menuju India kerana tidak fasih berbahasa Inggeris. 

Lebih melucukan, Ruben mengakui terpaksa bergantung sepenuhnya kepada penyanyi dangdut, Zaskia Gotik yang menemaninya dalam penerbangan tersebut. 

"Saya tak faham bahasa Inggeris, jadi saya harapkan dia (Zaskia) sebab katanya sudah mengikuti kelas bahasa Inggeris," katanya dalam program Brownis pada Isnin. 

Ruben sah memeluk Islam sekitar Ramadhan yang lalu.

Menurut Ruben, mereka berdua menaiki penerbangan kelas perniagaan dan menerima menu hidangan ketika berada dalam pesawat. 

"Saya tanya dia, Tik (panggilan Zaskia) kamu pegang menu faham ke apa yang tertera itu? Kemudian dia jawab kenapa tidak ada gambar makanannya. Saya sampai ketawa bila ingat balik momen itu,"katanya. 

ARTIKEL BERKAITAN: Ruben Onsu berjaya hafal surah pendek selepas 2 hari peluk Islam

ARTIKEL BERKAITAN: Baru 2 bulan peluk Islam, Ruben Onsu bakal tunai ibadah haji

Tambah Ruben, ketika pesawat transit di Thailand, mereka berhasrat membeli makanan tetapi kerana masa terlalu singkat, hanya sempat membeli kuih. 

Namun selepas meneruskan penerbangan mereka sekali lagi berdepan masalah memilih makanan kerana tidak faham menu yang disediakan. 

Zaskia akhirnya mengaku dia juga keliru kerana tiada pilihan makanan berasaskan nasi yang biasa di makan. 

Akibatnya mereka berdua tidak menjamah sebarang hidangan sepanjang  penerbangan dari Jakarta hingga tiba di India. 

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain