suria

Pelakon buka mulut isu video joget di kelab malam... "Saya bekerja, cari duit untuk menyara diri dan anak-anak"

Olla Ramlan menjadi bualan setelah video yang memperlihatkan dirinya menari di kelab malam tular di media sosial.

PELAKON Olla Ramlan, 45 tampil menjelaskan kekeliruan berhubung sebuah video tular yang memperlihatkan dirinya seolah-olah sudah beralih kerjaya sebagai deejay (DJ) kelab.

Olla atau nama penuhnya Lidya Febiola Ramlan berkata, dakwaan tersebut tidak benar kerana dia hanya membuat kolaborasi dengan seorang DJ ketika berada di atas pentas. 

"Di luar sana orang cakap saya DJ, padahal bukan. Saya hanya berkolaborasi dengan seorang DJ. 

"Kebetulan saya berdiri di meja DJ jadi jangan salah faham. Sebaiknya sahkan dulu kesahihan khabar angin itu,"katanya. 

Olla menyifatkan dirinya bekerja demi mencukupkan keperluan diri dan keluarga.

Menurut Olla, kehadirannya di kelab tersebut hanyalah sebagai PA (live performance) iaitu menyanyi dan menari dengan iringan muzik DJ lelaki yang bernama Justin. 

"DJ kelab itu bukan saya, tapi Justin. Saya hanya bertindak sebagai PA saja, maksudnya saya menyanyi sambil menari dengan DJ di belakang,"katanya. 

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon sinetron ugut ‘kekasih’, sebar video intim jika gagal bayar

ARTIKEL BERKAITAN: Sekadar rakan sekerja, Teuku Ryan bukan kekasih muda Olla Ramlan

Tambah Olla, dia juga tidak kisah sekiranya ada pihak yang memperlekehkan kerjayanya sebagai live performance di kelab hiburan. 

Baginya, apa yang dilakukan hanya sebahagian daripada pekerjaan untuk menyara diri dan anak-anaknya. 

Olla bersama bekas suaminya, Muhammad Aufar Hutapea.

"Terserah nak cakap apa kerana apa yang penting saya bekerja cari duit. 

"Hasil duit yang diperolehi bukan duit daripada wang haram atau rasuah. 

"Paling penting saya berusaha sebaik mungkin untuk meneruskan hidup bersama anak-anak,"katanya. 

Untuk Rekod, Olla Ramlan pernah melangsungkan perkahwinan dengan Alex Tian pada 2003 tetapi berpisah sekitar 2010. 

Kemudian Olla berkahwin dengan Muhammad Aufar Hutapea pada 2012, namun malangnya perkahwinan mereka tidak kekal lama apabila disahkan berpisah pada 2022.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain