suria

Kang Daniel kena rompak, terpaksa beli kelengkapan konsert baharu 

Kang Daniel tetap positif berdepan dugaan.

PENYANYI Korea Selatan, Kang Daniel berdepan musibah apabila barang kepunyaannya dicuri dalam satu kejadian rompak yang berlaku di California, Amerika Syarikat pada Isnin.

Berkongsi berita tersebut, Kang Daniel memberitahu barang-barang yang hilang adalah kelengkapan untuk dia mengadakan konsert.

Kang Daniel berkongsi insiden tersebut bersama peminat di laman Instagram miliknya.

"Semua barang kami telah dicuri. Mereka ambil semuanya... kostum, rambut palsu dan alat solek, termasuklah barangan cenderahati," katanya.

Difahamkan perompak memecah masuk ke dalam kenderaan staf sebaik sahaja penyanyi itu selesai membuat persembahan di Los Angeles.

Susulan insiden itu, mereka terpaksa mencari barang keperluan baharu di kawasan berdekatan sebelum meneruskan perjalanan ke lokasi konsert berikutnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kang Daniel sedia 'comeback' setelah berehat panjang kerana depresi

ARTIKEL BERKAITAN: Kang Daniel umum berehat dari industri kerana depresi

Meskipun begitu, Kang Daniel masih kekal positif dan meneruskan konsertnya seperti yang dirancang.

Penyanyi itu kini sedang mengadakan konsert jelajah dan akan singgah di 12 lokasi di Amerika Syarikat.

Dia kemudian akan meneruskan jadual persembahan ke Mexico.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain