LEBIH setahun bercerai dengan pelakon Teuku Ryan, personaliti media sosial Ria Ricis mengakui sudah ‘move on’ serta mula membuka hati untuk mengenali lelaki lain.
Jika sebelum ini hanya sekadar khabar angin, namun perkara itu akhirnya disahkan sendiri oleh Ria atau Ria Yunita, 30, apabila memberitahu sedang berkawan dengan seseorang ketika muncul sebagai tetamu dalam saluran YouTube milik pelawak, Sule.
Bagaimanapun kata Ria, hubungan tersebut bukanlah bercinta seperti pasangan remaja, sebaliknya sekadar proses perkenalan kerana dia masih menyimpan trauma selepas berpisah.
Sule kenal lelaki yang Ria sedang kenali.
“Baru mengenali sahaja kerana saya masih trauma dengan perkahwinan lama,” katanya.
Dalam sesi itu, Sule sempat bertanya sama ada Ria sudah mula didekati lelaki itu.
Lebih mengejutkan, Sule secara berseloroh turut mendedahkan nama lelaki yang rapat dengan Ria adalah kenalannya sendiri.
Ria bagaimanapun hanya tersenyum ketika Sule membisikkan nama individu yang dimaksudkan sebelum menambah bahawa hubungan mereka hanya sekadar kawan.
ARTIKEL BERKAITAN: Ria Ricis tak rancang kahwin Aisar Khaled, video ‘dating’ hanya urusan kerja
ARTIKEL BERKAITAN: Ria Ricis beri anak makan otak lembu, jadi khasiat tambahan buat kanak-kanak
Untuk rekod, Ria pernah mendirikan rumah tangga dengan Ryan pada 12 November 2021, namun bercerai 5 Mei tahun lalu.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan Cut ,Raifa Aramoana yang kini berusia tiga tahun.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube