PELAKON Alan Yu atau Yu Menglong yang meninggal dunia pada 11 September lalu terus menjadi bahan bualan ramai sehingga tercetus pelbagai spekulasi berhubung kematiannya itu.
Terbaharu tular sebuah rakaman mendakwa, tubuh Alan telah dibedah secara kejam oleh sekumpulan individu tidak dikenali.
Menerusi rakaman suara berkenaan kedengaran seorang lelaki memberi arahan kepada rakan-rakan lain untuk memotong kulit Alan bagi mengeluarkan pemacu USB daripada perutnya.
Pelbagai spekulasi timbul selepas kematian Alan.
Rakaman tersebut dikatakan diperoleh dari seorang jiran yang secara kebetulan menyaksikan sendiri kejadian berkenaan.
Lebih menguatkan dakwaan kematian Alan mempunyai unsur jenayah apabila ibunya sendiri meminta pihak berkuasa untuk terus menjalankan siasatan.
Dalam sepucuk surat yang ditulis, ibu Alan percaya anaknya itu bukan mati akibat terjatuh dari bangunan seperti yang dilaporkan sebelum ini.
ARTIKEL BERKAITAN: Tular video didakwa bukti Yu Menglong jadi mangsa dera, netizen kaitkan individu berprofil tinggi
ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon popular maut dipercayai jatuh bangunan
Sementara itu, kenyataan pelakon Sun Lin berhubung isu ini juga menimbulkan tanda tanya ramai.
Sun Lin yang merupakan kawan baik kepada Alan berjanji akan mendedahkan perkara sebenar dalam masa terdekat.
Pada 11 September lalu dunia hiburan di China dikejutkan dengan berita kematian Alan yang ditemukan tidak bernyawa di aparment tempat tinggalnya.
Laporan polis menyebut pelakon itu terjatuh bangunan dan berada dalam keadaan mabuk sekali gus menafikan ada sebarang unsur jenayah.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube