PENYANYI dan pelakon terkenal Selena Gomez akhirnya sah bergelar isteri kepada penerbit muzik, Benny Blanco dalam satu majlis tertutup yang berlangsung di Santa Barbara, California.
Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh Selena menerusi satu hantaran di Instagram miliknya.
"9.27.25," tulisnya di ruangan kapsyen.
Benny dan Selena disatukan dalam majlis tertutup.
Dalam hantaran berkenaan, Selena kelihatan anggun mengenakan gaun putih eksklusif rekaan pereka tersohor, Ralph Lauren, manakala Benny segak berbaju tuksedo hitam lengkap dengan bowtie.
Difahamkan, majlis penuh romantis itu dihadiri kira-kira 170 tetamu terdiri daripada ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat pasangan tersebut.
ARTIKEL BERKAITAN: Selena Gomez bakal kahwin September depan, tetamu sudah terima jemputan melalui emel
ARTIKEL BERKAITAN: Hari bahagia makin dekat, sumber dedah hubungan Selena Gomez, Benny Blanco tegang
Antara selebriti yang turut hadir memeriahkan majlis ialah sahabat baik Selena, Taylor Swift, pelakon dan pelawak Steve Martin, Martin Short, serta sosialit terkenal Paris Hilton.
Untuk rekod, Selena dan Benny mula menjalinkan hubungan sejak Jun 2023 sebelum mengikat tali pertunangan pada Disember 2024.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube