PENYANYI dangdut, Lis Dahlia mendedahkan dirinya hampir berkahwin ketika masih di bangku sekolah.
Lis, 53, yang juga isteri kepada Satrio Dewandono berkata, perancangan tersebut dibuat oleh bapanya kerana risau melihat dia terlalu obses mahu bergelar seorang artis.
Lis hampir dinikahkan bapanya sewaktu di bangku sekolah.
Bapanya khuatir jika impian itu tidak kesampaian, dia akan mengalami tekanan mental sehingga hilang kewarasan.
“Menurut ayah, dia takut saya jadi gila kalau cita-cita menjadi artis tak tercapai,” katanya.
Lis berkongsi perkara itu ketika muncul dalam program Butik Haji Igun yang disiarkan di YouTube pada Sabtu lalu.
ARTIKEL BERKAITAN: Hanni NewJeans terfikir kahwin muda, ikut jejak langkah ibu bapa
ARTIKEL BERKAITAN: Setahun bercinta, Ailee bakal berkahwin tahun depan
Tambah Lis, ketika itu bapanya sudah merancang untuk menjodohkannya dengan anak seorang saudagar kaya di kampung halaman mereka di Indramayu, Indonesia.
“Orang Indramayu memang kebiasaannya begitu… kalau dah besar sikit terus dikahwinkan. Saya pun baru tingkatan satu masa itu, sudah mahu dijodohkan,” ujarnya.
Bagaimanapun, rancangan tersebut tidak menjadi kenyataan dan Iis membuktikan dia mampu mencapai cita-cita dalam bidang seni sehingga berjaya meletakkan namanya antara penyanyi dangdut popular di Indonesia.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube