TINDAKAN penyanyi Nathalie Holscher menjalani pembedahan bariatrik menimbulkan tanda tanya ramai kerana dia bukan dalam kategori obesiti.
Tampil menjelaskan hal tersebut, katanya ia bertujuan bagi mendapatkan gaya hidup lebih sihat dengan mengawal pengambilan makanan.
Tambah bekas isteri kepada pelawak Sule ini, keputusan untuk melakukan proosedur tersebut adalah tepat buat dirinya.
Nathalie mahu gaya hidup lebih sihat.
"Ramai yang tanya, bariatrik sepatutnya untuk obesiti kan? Tapi saya membuat keputusan kerana ingin mempraktikkan gaya hidup yang lebih sihat.
"Makan terjaga, dua sudu sahaja sudah kenyang, air mineral juga mengikut sukatan yang betul," katanya.
Nathalie berkongsi perkara tersebut dalam satu hantaran di Instagram yang juga memaparkan keadaan dirinya selepas menjalani pembedahan.
ARTIKEL BERKAITAN: Selepas buka tudung, Nathalie Holscher kembali jadi DJ kelab malam... Cari duit untuk tanggung hidup
ARTIKEL BERKAITAN: Bengang tak boleh ambil duit tip dari pengunjung kelab malam, Nathalie Holscher mahu guna beli susu anak
Difahamkan penyanyi asal Indonesia itu sanggup terbang ke Pulau Pinang bagi tujuan berkenaan.
Dalam masa sama dia juga sempat berkongsi pendapat bahawa pembedahan bariatrik bukannya hanya untuk golongan obesiti.
"Jika anda sama seperti saya, susah makan, waktu makan tak teratur, boleh buat pembedahan bariatik. Tak semestinya kena obesiti," ujarnya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube