suria

Kang Min Kyung kongsi tip kekal langsing

Diet pemakanan sehari sekali merupakan tips kurus yang dikongsikan oleh Kang.

PENYANYI dan pelakon Korea Selatan, Kang Min Kyung berkongsi rutin penjagaan diri untuk kekal langsing dan awet muda.

Kata anggota kumpulan Davichi itu, dia hanya mengambil satu hidangan penuh sehari sejak sedekad lalu. 

"Sejak kebelakangan ini saya kerap muncul di depan kamera. Jadi saya perlu lebih berdisiplin dan setiap hari saya hanya makan sekali saja,"katanya. 

Kang bersama duonya dalam kumpulan Davichi, Lee Hae Ri.

"Tapi bukanlah bermakna saya berlapar sepanjang masa. Biasanya saya hanya makan snek seperti pisang, ubi keledek dan minum kopi pada siang hari, sebelum menikmati apa saja yang saya mahu pada waktu makan malam,"katanya. 

Ming Kyung berkongsi perkara itu menerusi video yang dimuat naik ke saluran YouTube Kang Ming Kyung pada Selasa berjudul 'The woman who has eaten only one meal a day for 10 years'.

ARTIKEL BERKAITAN: Hanya kerana rapat dengan Ji Soo, Nam Joo Hyuk turut dibenci peminat

ARTIKEL BERKAITAN: Sudah biasa hidup berdikari, IU tolak warisi harta pusaka keluarga

Menurut Ming Kyung, gaya hidup tersebut mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri. 

"Kelebihannya anda akan betul-betul menghargai makanan. Rasanya sangat sedap bila akhirnya dapat makan. 

"Cuma kelemahannya, bila terlalu lapar saya akan makan dengan gelojoh. Kadang-kadang sampai rasa 'lupa diri' ketika makan,"katanya. 

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain