BARU tiga tahun berkahwin, rumah tangga pasangan selebriti Deddy Corbuzier dan Sabrina Chairunnisa kini dikatakan sedang retak menanti belah.
Spekulasi tersebut timbul selepas netizen menyedari Sabrina sudah pun memadam gelaran 'Mrs Corbuzier' di bio akaun Instagram miliknya.
Deddy dan Sabrina berkahwin pada 6 Jun 2022.
Lebih mencuri perhatian, Sabrina juga sudah tidak lagi mengikuti akaun Instagram suaminya itu.
Selain itu, netizen turut mendakwa Sabrina sudah memadam hampir semua gambar bersama Deddy dan hanya meninggalkan satu gambar perkahwinan mereka.
ARTIKEL BERKAITAN: Hwang Jung Eum terlepas penjara selepas seleweng RM12.65 juta untuk pelaburan kripto.
ARTIKEL BERKAITAN: Masih trauma tapi dah ‘move on’, Ria Ricis mula buka hati buat lelaki lain
Ramai menganggap tindakan Sabrina itu seakan-akan memberi bayangan terdapat masalah yang sedang berlaku di antara mereka.
Sehingga kini, Sabrina mahupun Deddy masih belum tampil memberikan sebarang penjelasan mengenai gosip panas berkenaan.
Untuk rekod, Deddy dan Sabrina berkahwin pada 6 Jun 2022 selepas beberapa tahun bercinta dan belum mempunyai anak bersama.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube