suria

Pratama Arhan, Azizah Salsha sah cerai talak satu

Arhan dan Azizah telah bercerai secara rasminya pada Isnin.

PEMAIN bola sepak Indonesia, Pratama Arhan sah bercerai dengan isterinya, Azizah Salsha selepas Mahkamah Agama Tigaraksa, Kabupaten Tangerang, Indonesia membuat keputusan pada Isnin. 

Proses perceraian dijalankan melalui ikrar talak satu yang dibacakan oleh peguam Arhan, Singgih Tomi Gumilang kerana pemain itu tidak dapat hadir ke mahkamah. 

Katanya, Arhan kini sedang membuat persiapan menghadapi perlawanan Asia Elite Cup 2 di Bangkok, Thailand. 

Pasangan tersebut dikatakan sudah tinggal berasingan lebih dari enam bulan yang lalu.

Majlis hakim dalam sidang itu mengesahkan permohonan cerai yang difailkan Arhan dan mengumumkan rumah tangga mereka berakhir secara rasmi. 

Peguam lain yang turut mewakili Arhan iaitu Adinda memaklumkan tiada tuntutan harta sepencarian dalam perceraian itu kerana pasangan berkenaan belum dikurniakan cahaya mata. 

"Tidak ada tuntutan kerana mereka belum ada zuriat. Hanya bercerai saja,"katanya. 

Difahamkan, pasangan tersebut tidak lagi tinggal sebumbung lebih daripada enam bulan sejak Arhan menandatangani kontrak bersama Bangkok United pada 7 Januari lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Hampir setahun pisah ranjang, gaduh besar antara punca Pratama Arhan fail cerai.... Misi dan visi juga berbeza

ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh isteri pemain bola didakwa curang, influencer Azizah Salsha tampil ulas kontroversi rumah tangga

Untuk rekod, pasangan ini berkahwin pada 20 Ogos 2023 di Masjid Indonesia, Tokyo, Jepun ketika Arhan masih mewakili kelab Tokyo Verdy. 

Selepas hampir dua tahun berkahwin, mereka dikatakan bersepakat untuk berpisah.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain