SELEPAS beberapa bulan berpisah dengan Nicole Kidman, muncul khabar angin mendakwa penyanyi Keith Urban mempunyai hubungan sulit dengan wanita lain.
Menurut sumber, Keith kini sedang rapat dengan seorang wanita yang tidak diketahui identitinya.
Lebih hangat lagi kisah itu mula menjadi bualan selepas sehari Nicole memfailkan cerai terhada Keith.
19 tahun perkahwinan dibina akhirnya menemui titik noktah buat Keith dan Nicole.
Apa yang mengejutkan, khabar angin itu turut sampai ke pengetahuan bekas isterinya itu.
“Tidak pasti sama ada hubungan tersebut bermula sebelum atau selepas mereka sah berpisah pada Jun lalu.
"Walaupun Nicole tidak menafikannya, dia tetap terkejut,” dedah sumber.
ARTIKEL BERKAITAN: Baru berkahwin, rumah tangga pasangan selebriti ini didakwa sedang goyah
ARTIKEL BERKAITAN: Triptii Dimri sanggup hadap 4 uji bakat sehari demi bergelar pelakon
Berita mengenai cinta baharu Keith kini menjadi bualan hangat terutama di kawasan tempat kediaman penyanyi berusia 57 tahun itu.
Sebelum ini kisah perpisahn Keith dan Nicole menjadi bualan selepas mereka dikhabarkan tidak lagi tinggal sebumbung sejak Jun lalu.
Sehingga saat ini, kedua-duanya masih mengunci mulut mengenai dakwaan perselingkuhan yang menjadi spekulasi hangat dunia hiburan.
Untuk rekod, Keith dan Nicole berkahwin pada 2006 dan dikurniakan dua cahaya mata, Sunday Rose, 17, dan Faith Margaret, 14.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube