PERSONALITI media sosial asal Korea Selatan, Tzuyang, mendedahkan dirinya menghidap sejenis penyakit mata yang jarang berlaku dan tidak boleh sembuh.
Pendedahan tersebut dibuat menerusi video terbaharu dimuat naik di saluran vlog peribadinya, @v-tzuyang, yang bukan berkaitan dengan kandungan mukbang seperti kebiasaannya.
Dalam video itu, Tzuyang menjelaskan keadaan penglihatannya semakin merosot sejak kecil lagi akibat penyakit retinitis pigmentosa iaitu sejenis gangguan genetik yang menjejaskan fungsi retina.
Tzuyang dedah matanya ada risiko untuk buta.
“Sebenarnya penglihatan saya memang macam ini sejak zaman sekolah rendah lagi. Bukan sebab asyik tengok komputer atau sebagainya, tapi sebab saya ada penyakit mata yang tak boleh sembuh.
“Ramai juga yang tanya kenapa saya tak buat pembedahan lasik. Tapi memang tak boleh sebab keadaan tak sesuai,” katanya.
Tzuyang turut memaklumkan kemungkinan untuk menjadi buta sepenuhnya pada masa hadapan adalah sesuatu yang realistik.
ARTIKEL BERKAITAN: Youtuber dedah jadi mangsa dera, bekas kekasih puas kaut RM13.6 juta bunuh diri
ARTIKEL BERKAITAN: Lee Dong Gun derita penyakit jarang jumpa, penglihatan makin kabur
Pengakuan tersebut membuatkan kru produksi terdiam namun Tzuyang hanya membalas dengan senyuman
Untuk makluman, retinitis pigmentosa merupakan penyakit keturunan yang menyebabkan pengumpulan pigmen pada retina, iaitu bahagian mata di mana ia berfungsi menukar cahaya kepada isyarat elektrik.
Keadaan ini seterusnya menjejaskan fungsi penglihatan secara beransur-ansur dari semasa ke semasa.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube