PENYANYI dangdut Cantika Davinca terlibat dalam kemalangan jalan raya yang meragut nyawa dua penunggang motosikal di Jalan Raya Kawedan-Lembeyan, Desa Tulung, Magetan, Jawa Timur pada Jumaat.
Cantika, 18, menjelaskan kemalangan itu berlaku di luar kawalannya dan bukan disebabkan kecuaian.
Katanya motosikal yang dinaiki mangsa muncul dari arah bertentangan tanpa menyalakan lampu.
Cantika sedia pikul tanggungjawab.
Dia turut menyangkal dakwaan dirinya dalam keadaan mabuk ketika rakannya sedang memandu kenderaan jenis Toyota Innova.
“Kemalangan ini bukan kerana tayar meletup seperti yang disangka ramai. Ia meletup selepas kenderaan kami melanggar motosikal yang datang dari arah bertentangan.
“Motosikal itu tidak berlampu. Jalan raya juga gelap waktu itu. Kami cuba mengelak, tapi malangnya tidak berjaya,” jelasnya.
ARTIKEL BERKAITAN: P. Diddy dipenjara empat tahun atas kes pelacuran
ARTIKEL BERKAITAN: Nak babak cium dengan kekasih sendiri, pelakon sanggup lari tinggalkan set
Walaupun menerima kecaman hebat, Cantika menegaskan dia tidak akan melarikan diri daripada tanggungjawab dan bersedia dengan segala hukuman.
“Ucapan takziah buat keluarga mangsa. Saya tidak akan lari daripada tanggungjawab ini,” ujarnya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube