GARA-GARA mahu melakonkan babak ciuman bersama teman wanita sendiri, pelakon muda China, Hu Ling Chen sanggup meninggalkan set penggambaran sekitar pukul 3 pagi.
Tindakan pelakon berusia 19 tahun itu menyebabkan penggambaran drama tersebut tergendala sekali gus menimbulkan kemarahan pihak produksi kerana penggambaran sudah bermula selama dua hari.
Difahamkan, Ling Chen meminta agar pelakon wanita utama digantikan dengan teman wanitanya sendiri iaitu Qi Ke Xin kerana tidak selesa untuk melakukan babak mesra dengan pelakon lain.
Ling Chen tampil memohon maaf.
Bagaimanapun, permintaan itu ditolak oleh pihak produksi yang menyifatkan tindakannya sebagai tidak profesional dan melanggar kontrak yang telah ditandatangani.
Susulan pertengkaran yang berlaku, Ling Chen didakwa terus meninggalkan lokasi penggambaran tanpa sebarang penjelasan hingga menimbulkan kekecohan dalam kalangan kru produksi.
Namun begitu, dia kemudiannya tampil memohon maaf menerusi satu video dan mengakui emosinya ketika itu tidak stabil.
ARTIKEL BERKAITAN: Kad kredit Jeon Hye Bin hilang di Bali, pencuri ‘swipe’ RM45,000 dalam tempoh 10 minit
ARTIKEL BERKAITAN: Tzuyang derita sakit mata sejak kecil, berisiko buta sepenuhnya
Dia juga menafikan dakwaan kononnya teman wanitanya mempengaruhi keputusan tersebut, sebaliknya menjelaskan bahawa dia tidak selesa dengan adegan intim yang terkandung dalam skrip.
Disebabkan kejadian tersebut, pihak produksi bertindak menyaman Ling Chen atas pelanggaran kontrak dengan jumlah tuntutan sebanyak 428,000 yuan iaitu kira-kira RM280,000.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube