GARA-GARA melakonan babak bercium, hubungan pelakon Xu Ziyin dengan kekasihnya berakhir dengan perpisahan.
Difahamkan, aktres Li Yun Peng tidak dapat menerima kenyataan apabila mengetahui Ziyin terbabit dengan adegan bercium bersama pelakon lain dalam sebuah drama.
Keputusan untuk berpisah itu semakin kukuh selepas rasa cemburu Yun Peng memuncak apabila Ziyin dikatakan melakukan 99 babak bercium dalam tempoh hanya 10 hari penggambaran.
Babak cium Ziyin yang menjadi bualan.
Khabar angin perpisahan mereka mula menjadi bualan selepas babak drama berkenaan mula tersebar.
Yun Peng kemudian dalam satu sesi siaran langsung mengesahkan perkara berkenaan dengan memaklumkan mereka tidak lagi bersama.
"Dia bukan lagi kekasih saya. Secara rasmi saya kini kembali single," katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: Pengawal keselamatan kena hukuman bayar denda, netizen lepaskan kemarahan tuduh Byun Woo Seok berlakon jadi mangsa
ARTIKEL BERKAITAN: Kad kredit Jeon Hye Bin hilang di Bali, pencuri ‘swipe’ RM45,000 dalam tempoh 10 minit
Dia bagaimanapun memberitahu mereka berpisah secara baik tanpa sebarang persengketaan.
Sementara itu dalam satu temu bual Ziyin secara ringkas menjelaskan kerjaya seni juga menjadi keutamaan buatnya.
"Saya suka berlakon. Ia adalah kerja dan impian saya," jelasnya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube