BELUM selesai menjalani hukuman penjara, pelakon Ammar Zoni sekali lagi berdepan tuduhan terbaharu mengedarkan bahan terlarang kepada banduan lain.
Berita penangkapan semula Ammar Zoni diumumkan oleh Pejabat Pendakwa Raya Jakarta Pusat, Indonesia pada Rabu yang juga memaklumkan pelakon itu ditahan bersama bahan bukti.
Laporan menyebut Ammar Zoni mendapat bekalan dadah jenis syabus dan ganja sintetik daripada pihak luar untuk dijual kepada tahanan lain di Pusat Tahanan Kelas 1 Jakarta Pusat.
Ammar Zoni tidak serik dengan kesilapan lalu.
Susulan penangkapan terbaharu itu, pelakon berkenaan dijangka akan menjalani hukuman penjara lebih lama bergantung kepada keputusan mahkamah kelak.
Dia sepatutnya selesai menjalani hukuman penjara pada Januari 2026.
ARTIKEL BERKAITAN: Semua duit Ammar Zoni dipegang bekas isteri, ramai mula salahkan Irish Bella punca cerai
ARTIKEL BERKAITAN: Ammar Zoni baru 2 kali lunas nafkah anak-anak sejak cerai, itu pun kawan tolong bayarkan
Ini merupakan kali keempat Ammar Zoni terlibat dengan kes penyalahgunaan dadah sejak tahun 2017.
Pada Mac 2023 dia ditahan buat kali kedua sebelum dibebaskan pada Oktober tahun sama.
Namun dalam tempoh dua bulan kemudian Ammar Zoni kembali hidup dalam penjara selepas ditahan pada 12 Disember 2023.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube