suria

Badan sasa Baekho sering jadi perhatian, rancang masa terbaik buka baju depan peminat

Membuka baju sudah menjadi rutin persembahan Baekho.

AKSI penyanyi Baekho yang selalu tampil membuka baju ketika membuat persembahan pentas sering menjadi bualan hangat netizen kerana ramai yang mengagumi tubuh seksinya. 

Mengakui ia sebagai salah satu cara untuk menarik perhatian peminat, Baekho memberitahu dia akan terus melakukan aksi itu pada waktu yang tepat. 

Anggota kumpulan NU'EST  itu juga mengakui sorakan peminat seolah-olah memberi semangat untuk dia menayangkan bentuk badan. 

Baekho bijak tarik perhatian peminat. 

"Saya juga perlu cari makan. 

"Saya akan dapat semangat daripada sorakan peminat. Sebenarnya saya sentiasa menghitung masa terbaik, berfikir bila akan buka baju. Semua itu telah saya rancang," katanya dalam satu temu bual. 

Bukan sekadar bahagian tubuh sasa yang menjadi perhatian, malah terdapat mata nakal peminat yang sentiasa memerhati bahagian bawah perut Baekho apabila seluarnya mula melorot ke bawah. 

ARTIKEL BERKAITAN: Berkahwin bukan untuk lari daripada kesunyian, RM BTS sedia cari pasangan hidup 

ARTIKEL BERKAITAN: Park Bom tiba-tiba ‘unfollow’ semua di Instagram kecuali Lee Min Ho

Penyanyi ini juga menegaskan penjagaan bentuk fizikal adalah menjadi keutamaan buatnya. 

"Bukan sengaja mahu tunjuk tulang pelvis, tetapi bila seluar saya basah ia mula jatuh ke bawah. Jika terlalu rendah dan nampak tidak senonoh saya akan tarik semula. 

"Orang lain ke klinik penjagaan kulit, tetapi saya bersenam untuk cantik. Matlamat saya adalah untuk memiliki bentuk badan cantik," jelasnya. 

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain