suria

Rezeki Davina Karamoy semakin bertambah selepas bawa watak ‘pelakor’

Davina sebelum ini pernah mahu menolak membawa watak sebagai perampas.

PELAKON Davina Karamoy mengakui rezekinya dalam bidang lakonan semakin mencurah-curah selepas membawa watak sebagai perampas suami orang atau lebih dikenali pelakor. 

Menerusi sesi temu bual audio siar bersama personaliti terkenal Indonesia, Ivan Gunawan, Davina berkongsi sisi peribadi yang jarang didedahkan termasuk bagaimana ibunya memainkan peranan besar dalam membentuk kerjayanya sebagai anak seni.

Kata Davina, pada mulanya dia tidak mahu membawakan watak sebagai perampas namun selepas diyakinkan oleh ibunya, Esther Novita, dia cuba keluar daripada zon selesa. 

Davina semakin dikenali selepas berlakon filem Ipar Adalah Maut.

"Selepas saya membintangi filem fasal pelakor itu, rezeki saya memang makin lancar.

"Sebenarnya, saya menolak untuk membawakan watak pelakor, tapi sebabkan mama cakap saya ini berlakon pun tak pandai jadi dia minta saya ambil saja watak itu," katanya. 

Dalam pada itu, Davina turut mengakui ketegasan ibunya itu telah membuka jalan kepada pelbagai peluang dalam industri hiburan. 

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen kesal Davina Karamoy tak serik berlakon aksi ranjang

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Pelakor’ mahu saman isteri Virgoun, dakwa buat fitnah di media sosial

“Nasihat dan paksaan mama sebenarnya yang buat saya berani keluar daripada zon selesa. Dari situ, rezeki pun masuk tak henti-henti,” ujarnya. 

Untuk info, nama Davina mula dikenali selepas melakonkan watak Rani dalam filem Ipar Adalah Maut. 

Watak Rani telah menjadi perhatian kerana ia melibatkan isu hubungan sulit di antara dia dan abang iparnya yang menyebabkan konflik dalam perkahwinan Nisa (Michelle Ziudith) dan Aris (Deva Mahenra).

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain