BARU seminggu bercerai, personaliti media sosial Azizah Salsha mencuri tumpuan selepas mengadakan sambutan ulang tahun ke-22 bersama rakan terdekatnya baru-baru ini.
Majlis bertemakan Zizu's The Summer I Turned Twenty Two itu diadakan tidak lama selepas bekas suaminya yangg juga pemain bola sepak Indonesia, Pratama Arhan mengumumkan ikrar talak.
Namun perhatian lebih tertumpu pada foto mesra Azizah bersama usahawan Nadif Zahiruddin yang tular selepas majlis tersebut.
Foto mesra Aizah bersama Nadif jadi bualan hangat netizen.
Selain itu, gambar di photobooth yang memaparkan Azizah dan Nadif turut menjadi bualan netizen.
Gelagat mesra mereka mencuri perhatian apabila Azizah kelihatan selesa bersandar manja di bahu Nadif, manakala lelaki itu pula merangkul erat pempengaruh berkenaan.
Bagaimanapun foto tersebut mengundang pelbagai reaksi, khususnya berkaitan status Azizah yang masih dalam tempoh idah selepas perceraian.
ARTIKEL BERKAITAN:Pratama Arhan, Azizah Salsha sah cerai talak satu
ARTIKEL BERKAITAN:Kecoh isteri pemain bola didakwa curang, influencer Azizah Salsha tampil ulas kontroversi rumah tangga
Malah, ada dalam kalangan netizen yang membuat andaian bahawa Azizah dan Nadif mempunyai hubungan istimewa.
“Bukan Azizah ini baru bercerai ya?
“Kalau masa idah, bukankah tak boleh keluar rumah langsung? Apatah lagi berdekatan dengan lelaki.
Azizah dan Arhan bercerai talak satu.
“Macam ada hubungan istimewa antara Azizah dan Nadif, bercinta ke?,” tulis netizen.
Isu ini terus menjadi perbualan hangat termasuk ada pihak mempersoalkan batasan dan adab yang perlu dijaga sewaktu tempoh idah terutama apabila melibatkan personaliti awam seperti Azizah.
Untuk rekod Azizah dan Arhan mendirikan rumah tangga pada 20 Ogos 2023, namun mereka disahkan berpisah 29 September lalu.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube