PENYANYI asal Argentina, Fede Dorcaz, meninggal dunia akibat terkena tembakan dalam satu kejadian yang berlaku pada Jumaat.
Menurut laporan, insiden itu berlaku selepas kereta yang dinaiki Fede, 29, secara tiba-tiba dihalang oleh dua individu menaiki motosikal dan bersenjata, di kawasan Mexico City.

Fede maut selepas satu peluru mengenai bahagian leher.
Penyanyi itu maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah.
Saksi memaklumkan terdengar tiga das tembakan dan pemeriksaan mendapati salah satu peluru mengenai bahagian leher.
Fede sebelum ini dilaporkan baru sahaja selesai menjalani latihan untuk kemunculan pertamanya dalam rancangan Las Estrellas Bailan en Hoy, yang sepatutnya dijadualkan bersiaran pada Ahad.
ARTIKEL BERKAITAN: Bintang legenda, Diane Keaton meninggal dunia
ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon lelaki meninggal dunia dalam tidur
Siasatan berhubung kejadian masih dijalankan dan laporan awal menyebut ia merupakan insiden rompakan bersenjata.
Untuk makluman, Fede memulakan kerjaya nyanyiannya di Mexico sekitar dua tahun lalu dan menghasilkan album pertamanya pada 2024.
Selain bergelar penyanyi, dia juga aktif sebagai model untuk jenama pakaian terkemuka.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


