suria

Mimpi buat hubungan intim dengan makhluk halus, Ivan Gunawan harap berulang

Ivan terkilan mimpi tidak berulang lagi.

PENGACARA dan pereka fesyen terkenal, Ivan Gunawan, mendedahkan bahawa dirinya pernah mengalami mimpi melakukan hubungan intim dengan makhluk halus.

Menurut Ivan, walaupun ia sekadar mimpi, pengalaman itu terasa sangat nyata sehingga perasaan itu terbawa-bawa sebaik sahaja terjaga daripada tidur.

Dalam mimpi tersebut, dia berada di bawah pancuran air sebelum merasakan ada sesuatu yang memeluknya dari arah belakang dengan penuh mesra.

Ivan kongsi pengalaman mistik yang dialaminya.

"Saya pernah mimpi. Dalam mimpi itu, saya mandi di bawah shower (pancuran air). Rasa seperti dipeluk dari belakang.

"Saya rasa seperti jatuh cinta. Bila terbangun, saya rasa seperti baru bangun tidur dengan orang yang saya sayang," katanya.

Ivan berkongsi pengalaman tersebut kepada Sara Wijayanto dalam sebuah rancangan di saluran YouTube milik Sara.

ARTIKEL BERKAITAN: Mahu tinggalkan hidup mewah, Ivan Gunawan nekad jual barang berjenama dan tutup akaun kad kredit

ARTIKEL BERKAITAN: Bakal tunai ibadah haji, Ivan Gunawan cium kaki ibu mohon restu

Difahamkan awalnya Ivan membahas tentang kemampuan Sara yang boleh melihat dunia ghaib.

Tambahnya lagi, mimpi itu memberi kesan yang mendalam dan membuatkan dia berharap ia akan berulang.

"Tetapi saya tak pernah alami mimpi itu lagi," luahnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain