suria

Teresa Mak tak malu kongsi gambar bogel, beri pengajaran buat anak-anak

Teresa tak pernah sorok kisah silamnya.

TIDAK pernah malu dengan kontroversi silam, pelakon Hong Kong, Teresa Mak, terbuka berkongsi gambar bogelnya sendiri kepada anak-anaknya demi memberi pengajaran kepada mereka.

Menurut Teresa, 50, dia mahu anak-anaknya belajar untuk berfikir sebelum membuat sebarang keputusan yang boleh memberi kesan jangka panjang dalam hidup.

Difahamkan, gambar tersebut diambil ketika Teresa berusia 15 tahun selepas diperdaya oleh bekas teman lelakinya.

Teresa semasa mengikuti Miss Hong Kong.

"Pengalaman ini masih memberi kesan kepada saya hingga hari ini kerana saya telah bertindak tanpa berfikir dahulu dulu.

"Jadi anak-anak boleh hidup sesuka hati mereka, tetapi ada beberapa perkara yang saya sudah lalui, dan ia boleh mempunyai kesan jangka panjang. Mereka perlu belajar untuk melindungi diri sendiri," katanya.

Jelas Teresa, meskipun insiden itu berlaku lebih tiga dekad lalu, dia masih menyimpan foto-foto berkenaan dan memilih untuk menunjukkan kepada anak-anaknya sendiri yang kini berusia antara 12 hingga 17 tahun.

Kejadian itu turut memberi kesan besar kepada karier awalnya apabila impiannya untuk bergelar juara pertandingan Miss Hong Kong musnah selepas gambar tersebut tersebar kepada media pada tahun 1993.

ARTIKEL BERKAITAN: Penyanyi wanita jual gambar bogel, terdesak nak bayar hutang kad kredit

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan satu keputusan mudah, ada sebab isteri pindahkan Bruce Willis ke rumah berasingan

Akibat skandal tersebut, Teresa gagal mara ke Top 10 pertandingan dan terpaksa menanggung rasa malu selama bertahun-tahun.

Bukan itu sahaja, ada penerbit filem yang menawarkan peluang berlakon dalam filem dewasa dengan bayaran lumayan, namun dia memilih untuk menolak tawaran berkenaan.

Walaupun tidak pernah tampil bogel sepenuhnya dalam mana-mana filem, Teresa tetap sering dilabel sebagai pelakon filem dewasa.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain