suria

Nama Seungri kembali panas, video bersama logo kumpulan jenayah jadi bualan... Kecoh kini aktif di Kemboja

Seungri masih mendiamkan diri sehingga kini.

NAMA bekas anggota kumpulan Bigbang iaitu Seungri sekali lagi menjadi sebutan netizen selepas didakwa terlibat dengan aktiviti jenayah yang dikenali sebagai Prince Compound di Kemboja.

Memetik laporan Allkpop, Prince Compound dipercayai merupakan salah satu kawasan di Kemboja yang dikaitkan dengan kegiatan penipuan siber, pemerdagangan manusia dan jenayah terancang.

Spekulasi ini mula tular di media sosial selepas satu klip video lama memaparkan Seungri sedang berucap di atas pentas dengan latar belakang bertulis Prince Brewing.

Antara video Seungri  yang kembali menjadi bualan.

Video berkenaan dipercayai dirakam pada tahun lalu dan dikongsi semula selepas terdapat laporan peningkatan kes penculikan yang melibatkan warga Korea Selatan di Kemboja.

Walaupun video yang dimuat naik menunjukkan Seungri berada di acara tersebut namun tidak dapat dipastikan lokasi sebenar rakaman itu dibuat.

Difahamkan Prince Brewing salah satu organisasi di bawah Prince Holdings Group yang kini dikaitkan dengan aktiviti jenayah di negara itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Seungri banyak masa terluang, sangkal ada bisnes di China

ARTIKEL BERKAITAN: Seungri belum serik, kunjungi kelab malam 2 kali seminggu

Bagaimanapun tiada bukti sahih mengaitkan Seungri dengan organisasi berkenaan.

Malah sehingga kini tiada sebarang kenyataan dari pihak media di Kemboja yang mengesahkan Prince Holdings Group turut berkait dengan jenayah.

Untuk rekod, Seungri sebelum ini terlibat dalam skandal Burning Sun sehingga dikenakan hukuman penjara selama setahun enam bulan pada 2022.

Media Korea Selatan melaporkan peningkatan kes penculikan yang melibatkan rakayatnya di Kemboja.

Isu tersebut melibatkan kesalahan gangguan seksual dan rogol yang dilakukan pada tahun 2021.

Selepas itu dia sering dilihat dibeberapa negara seperti Thailand, Malaysia dan Kemboja.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain