DUNIA hiburan Jepun dikejutkan dengan laporan terbaru membabitkan pelakon, Ryoko Yonekura yang sedang disiasat pihak berkuasa berhubung kes penyalahgunaan dadah.
Memetik laporan majalah, Shukan Bunshun, siasatan terhadap Yonekura itu dilaporkan bermula susulan wujudnya keraguan kuat mengenai pembabitannya dengan bahan terlarang.
Antara perkara yang mencetuskan spekulasi adalah tiada sebarang kemas kini di laman sosial miliknya sejak Ogos 2025, yang dianggap luar biasa bagi seorang selebriti.

Sehingga kini Yonekura masih berdiam diri tanpa beri sebarang kenyataan.
Difahamkan, pada 20 Ogos lalu, pihak Jabatan Kawalan Narkotik Jepun telah melakukan serbuan di kediaman Yonekura yang terletak di Tokyo.
Hasil siasatan awal menemui beberapa bahan mencurigakan serta peralatan dipercayai berkaitan penggunaan dadah, yang melanggar Akta Kawalan Narkotik dan Psikotropik negara itu.
Dua hari selepas serbuan tersebut, Yonekura dikatakan berlepas ke Eropah untuk bercuti selama kira-kira dua minggu.
ARTIKEL BERKAITAN: Terpalit kes dadah, banyak projek babitkan Lee Sun Kyun kena batal
ARTIKEL BERKAITAN: Sudah miliki RM128,000, rakan baik nafi Ammar Zoni terlibat dadah kerana masalah kewangan... Kecewa masih ulang kesalahan sama
Tindakan itu menimbulkan pelbagai tanda tanya dalam kalangan peminat dan media tempatan.
Sekembalinya ke Jepun, Yonekura secara tiba-tiba membatalkan semua penampilan yang telah dijadualkan, termasuk kehadiran di sebuah majlis anugerah, sekali gus menambah lagi spekulasi mengenai keadaan kesihatannya.
Setakat ini, baik Yonekura mahupun wakil pengurusannya masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung dakwaan terbabit.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


