suria

Lesti Kejora hamil anak ketiga, hormon tak stabil sampai muka berjerawat

Lesti mengakui emosinya jadi tidak stabil sewaktu fasa kehamilan ketiga ini.

PENYANYI Lesti Kejora akhirnya tampil menjawab teka-teki yang sebelum ini mendakwa dia kini hamil anak ketiga. 

Berkongsi berita gembira itu, Lesti, 26, juga memberitahu mengalami perubahan besar sepanjang kehamilan yang kini sudah memasuki usia enam bulan.

Katanya perubahan hormon yang drastik memberi kesan ketara bukan sahaja pada fizikalnya, malah wajahnya kini sering mengalami jerawat yang banyak.

Lesti dan Rizky bakal timang cahaya mata ketiga.

“Wajah saya sekarang banyak jerawat. Hormon ketika hamil kali ini agak tidak stabil,” katanya.

Bukan itu sahaja, kehamilan kali ini juga memberi kesan pada emosinya, membuatkan dirinya lebih mudah tersinggung dan cepat marah.

Walaupun berdepan cabaran tersebut, Lesti tetap menekankan kepentingan menjaga penampilan sebagai seorang selebriti yang sentiasa menjadi perhatian ramai.

“Emosi pun tidak stabil. Sikit-sikit marah, semua orang kena marah.

ARTIKEL BERKAITAN: Lesti Kejora 'dicop' sombong, akui tak pandai bersosial

ARTIKEL BERKAITAN: Kandungan baru 33 minggu tapi dah ada kontraksi, Lesti Kejora mungkin bersalin pramatang

“Bagi saya, penampilan kena dijaga. Wajah pun perlu sihat sebab kita selalu dilihat orang,” ujarnya.

Untuk rekod, Lesti mendirikan rumah tangga dengan pelakon Rizky Billar pada 19 Ogos 2021.

Pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad Leslar Al-Fatih Billar, empat tahun, dan Leshia Tivana Billar yang kini berusia 10 bulan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain