suria

Peminat terlalu obses sampai tunggu depan rumah, pengurus pelakon popular bakal ambil tindakan undang-undang

Peminat bertindak luar batasan terhadap Lee Dong Wook.

AGENSI pengurusan pelakon terkenal Korea Selatan, Lee Dong Wook tampil memberi amaran keras terhadap segelintir peminat yang didakwa bertindak melampaui batas hingga mengganggu privasi aktor tersebut.

Menurut kenyataan rasmi yang dikeluarkan King Kong by Starship, mereka mendedahkan terdapat beberapa individu yang menunggu di hadapan rumah pelakon itu selain menghadiri jadual tidak rasmi tanpa kebenaran dan meninggalkan surat berunsur tidak wajar di kawasan peribadinya.

Agensi Lee Dong Wook bakal ambil tindakan undang-undang. 

“Baru-baru ini terdapat beberapa kejadian di mana individu mengunjungi kediaman peribadi artis dan menghadiri jadual tidak rasmi tanpa kebenaran. Mereka juga cuba untuk berhubung, atau meninggalkan surat tidak wajar sekali gus melanggar privasi artis secara serius,” kata agensi itu.

Mereka turut menegaskan tidak akan bertoleransi selepas ini dan tindakan undang-undang akan diambil terhadap mana-mana individu yang melakukan pencerobohan privasi, termasuk mengikuti jadual peribadi serta menyebarkan maklumat sulit artis berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Lesti Kejora hamil anak ketiga, hormon tak stabil sampai muka berjerawat

ARTIKEL BERKAITAN: Gaya hidup mewah Nikita Willy jadi sorotan, suami didakwa ‘songlap’ dana syarikat RM250 juta

Selain itu, agensi berkenaan turut menegur tindakan peminat yang cuba mendekati Lee Dong Wook ketika di lapangan terbang atau dalam penerbangan yang dianggap menyalahi undang-undang.

Mereka turut merayu agar peminat menghormati kehidupan peribadi aktor tersebut dan tidak melakukan sebarang perkara yang boleh menjejaskan keselamatan serta privasinya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain