ANGGOTA kumpulan Alpha Drive One (ALD1), Kim Jun Seo menerima kecaman netizen selepas dilihat menggunakan telefon bimbit mewah pemberian peminatnya.
Tindakan Jun Seo memuat naik foto dirinya memegang iPhone 17 lengkap dengan sarung telefon (casing) di media sosial menimbulkan pelbagai reaksi.
Menurut laporan KoreaBoo, telefon tersebut merupakan pemberian salah seorang peminat yang sudah lama menyokong kerjaya seni Jun Seo.

Jun Seo ambil foto bersama rakan-rakannya menggunakan hadiah pemberian peminat.
Bagaimanapun rata-rata netizen menganggap tidak wajar untuk Jun Seo menerima hadiah mewah selain dianggap cuba mengambil kesempatan terhadap peminatnya itu.
"Kalau kau betul-betul hargai peminat, tolak je hadiah macam ni. Tak payah menunjuk!
ARTIKEL BERKAITAN: 10 tahun berdepan kritikan, Gigi Hadid tak putus semangat... Bangga lihat perjalanan kerjaya
ARTIKEL BERKAITAN: Nama Seungri kembali panas, video bersama logo kumpulan jenayah jadi bualan... Kecoh kini aktif di Kemboja
"Budaya beri hadiah mewah kepada idola dah ketinggalan zaman. Ini menjijikkan," antara komen netizen.
Walau bagaimanapun ada juga peminat berpendapat Jun Seo sememangnya dikenali sebagai idola yang menghargai setiap hadiah yang diterima dan tidak pernah meminta barangan secara langsung.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


