suria

Nicholas Saputra cipta kelainan, pertaruhkan suara dalam filem muzikal

Nicholas membintangi filem muzikal Siapa Dia.

NAMA pelakon Nicholas Saputra sudah tidak asing lagi dalam dunia perfileman Asia Tenggara dan kali ini aktor berkenaan kembali mencuri tumpuan dengan filem baharu arahan pengarah legenda Indonesia, Garin Nugroho berjudul Siapa Dia.

Dikenali ramai menerusi watak ikonik Rangga dalam filem fenomena Ada Apa Dengan Cinta, Nicholas memperlihatkan dimensi lakonan berbeza dalam Siapa Dia.

Menerusi filem yang sarat dengan elemen muzikal itu, Nicholas membawa lebih daripada satu watak yang merentas beberapa latar masa, menuntutnya bukan sahaja untuk berlakon, malah menyanyi dan menari. 

Nicholas membawa pelbagai watak dalam filem Siapa Dia.

“Saya tidak berfikir panjang saat ditawarkan berlakon dalam filem ini. Modalnya hanya keberanian. Jika difikirkan secara rasional, memang tidak masuk akal. 

"Tetapi saya seronok mencuba sesuatu yang baru dan dapat bekerjasama dengan pemuzik yang hebat,” katanya.

Menambah lagi keunikan filem ini, Penerbit Eksekuti, Faizal Lubis menghasilkan runut bunyi eksklusif untuk tayangan di Malaysia bertajuk Cinta Terhebat yang dipersembahkan oleh Ara Johari.

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat tak senang duduk, Nicholas Saputra ‘belanja’ gambar ‘shirtless’

ARTIKEL BERKAITAN: Nicholas Saputra tak pernah rasa kemeriahan Syawal di kampung, peminat pelawa raya bersama

Siapa Dia mengisahkan tentang Layar (Nicholas Saputra), seorang pengarah filem muda yang sedang mengalami kekangan idea, namun dibantu oleh Rintik (Amanda Rawles) seorang penulis skrip.

Ketika pulang ke rumah neneknya, Layar menemui sebuah beg berisi nota dan surat cinta dari generasi terdahulu yang membuka lembaran kisah romantik serta tragedi keluarga yang mendalam.

Selain Nicholas, filem ini turut menampilkan barisan pelakon popular Indonesia seperti Amanda Rawles, Ariel Tatum, Happy Salma, Morgan Oey dan Cindy Nirmala. 

Filem terbitan Fabis Entertainment dan diedarkan oleh Horizon Film Entertainment serta Barnstorm Entertainment itu sudah menemui penonton di pawagam Malaysia sejak 16 Oktober lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain