suria

Chen Zheyuan digilai peminat Malaysia, miliki aura ‘boyfriend material’

Wajah tampan Chen Zheyuan membuatkan drama ini semakin mencuri perhatian.

KETAMPANAN aktor dari China, Chen Zheyuan membuatkan ramai peminat tidak keruan sekali gus menjadikan dia antara pelakon muda paling menonjol di negaranya saat ini. 

Menariknya, kemunculan Zheyuan menerusi drama bersiri romantis, Fated Heart turut mencetuskan fenomena apabila turut menjadi kegilaan peminat di Malaysia.

Malah penonton juga menyifatkan Zheyuan sebagai 'boyfriend material' kerana memiliki pesona luar biasa, sama seperti bintang K-Drama terkenal. 

MainGandingan mantap Li Qin (kiri) dan Chen Zheyuan buat peminat Malaysia tidak keruan.

Menerusi drama Fated Heart, gaya lakonannya yang bersahaja bersama Li Qin membuatkan dirinya menjadi kegilaan ramai wanita. 

Naskhah ini mengisahkan pemanah wanita bersut merah Fu Yixiao (lakonan Li Qin) yang tanpa sengaja mengubah nasib perang apabila menembak Putera Tertua Susha, Feng Suige (lakonan Chen Zheyuan) dalam pertempuran Pingling. Namun, Yixiao kemudian jatuh ke jurang dan hilang ingatan.

Dia diselamatkan oleh keluarga tabib di Righteous Villa sebelum takdir menemukan semula dirinya dengan Suige iaitu musuh lamanya. 

Kedua-duanya saling menggunakan antara satu sama lain demi kelangsungan hidup dalam dunia politik penuh tipu daya di Yujing City, tetapi tanpa sedar benih cinta mula berputik di tengah kebencian.

ARTIKEL BERKAITAN: Rampas Cintaku dikritik kerana babak ‘daring’ diterima baik di China, iQIYI beri peluang pengarah berkarya ikut garis panduan

ARTIKEL BERKAITAN: iQIYI terbit drama original pertama ‘Sorry Naik Lori’ dengan kerjasama Foodpanda

Kekuatan utama drama ini terletak pada hubungan dua watak utama yang bermula sebagai musuh namun berakhir dengan cinta sejati. 

Selain itu, sinematografi yang indah, rekaan kostum klasik, serta elemen aksi dan kuasa wanita menjadikan Fated Heart bukan sekadar kisah cinta, tetapi sebuah naskhah penuh emosi dan strategi istana yang mendebarkan.

Fated Heart boleh ditonton di platfrom penstriman iQIYi pada setiap Rabu hingga Jumaat.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain