suria

Park Bom buat hal lagi, dakwa YG Entertainment seleweng RM15.75 trilion... Peminat semakin risau tahap kesihatan mental

Park Bom sekali lagi mencuri perhatian ramai.

KENYATAAN penyanyi Park Bom yang mendakwa pihak pengurusan YG Entertainment terlibat dalam kegiatan penyelewengan wang telah mengejutkan ramai pihak termasuk dalam kalangan peminat kumpulan 2NE1. 

Lebih menggemparkan, Park Bom dalam satu kenyataan di Instagram miliknya memberitahu dia telah mengambil tindakan undang-undang terhadap syarikat berkenaan. 

Tampil menjelaskan kekeliruan, wakil pengurusan D-Nation Entertainment memberitahu tiada sebarang bayaran tertunggak melibatkan YG Entertainment kepada Park Bom sepanjang penglibatannya bersama kumpulan 2NE1. 

Kenyataan Park Bom menimbulkan kekeliruan. 

"Telah disahkan bahawa saman tersebut sebenarnya tidak pernah difailkan. Park Bom juga telah menerima bayaran sepenuhnya bagi aktivitinya bersama 2NE1," jelas wakil D-Nation yang menguruskan kerjaya Park Bom. 

Sebelum ini penyanyi itu mencuri tumpuan ramai apabila mendakwa YG Entertainment pecah amanah dan gagal membayar hasil pendapatan yang sepatutnya diterima sejak sekian lama berjumlah RM15.75 trilion. 

Malah dia juga berani memuat naik satu dokumen seolah-oleh laporan telah dibuat dan YG Entertainment bakal berdepan tindakan saman. 

ARTIKEL BERKAITAN: Park Bom tiba-tiba ‘unfollow’ semua di Instagram kecuali Lee Min Ho 

ARTIKEL BERKAITAN: Park Bom cetus kebimbangan peminat, sekali lagi 'tag' Lee Min Ho di Instagram

Ketika isu itu mula menjadi bualan hangat, pihak D-Nation menjelaskan tindakan Park Bom kini sukar dikawal dan mereka terus menjalankan siasatan lanjut. 

Dakwaan yang dibuat Park Bom itu telah menimbulkan kebimbangan peminat terutama selepas dia diumumkan berehat susulan masalah kesihatan sejak Ogos lalu. 

Ramai dalam kalangan peminat meminta penyanyi itu melakukan pemeriksaan lanjut serta mendapatkan rawatan segera bagi memulihkan masalah mentalnya. 

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain