suria

P. Diddy nyaris maut di penjara, banduan acu  pisau pada leher

Rakan dakwa Diddy berasa takut dan tidak selamat berada di pusat tahanan tersebut.

RAKAN karib kepada P. Diddy mendedahkan penyanyi rap itu berdepan detik cemas apabila diacukan pisau di lehernya semasa berada di Pusat Tahanan Metropolitan (MDC) Brooklyn, Amerika Syarikat. 

Menurut rakannya yang dikenali sebagai Charlucci Finney, insiden itu menyebabkan Diddy berasa takut dan tidak selamat kerana boleh menyebabkan kecederaan serius atau maut.

"Dia terjaga dengan pisau di lehernya. Saya tidak tahu sama ada pengawal datang menyelamatkan atau dia sendiri yang melawan. Ia benar-benar menakutkan," kata Charlucci semasa prosiding perbicaraan.  

Charlucci percaya tindakan banduan itu bertujuan untuk menakut-nakutkan Diddy.

Dalam masa sama, peguam Diddy iaitu Brian Steel mengesahkan perkara itu dan memberitahu hakim bahawa pengawal penjara sempat menggagalkan cubaan tahanan bersenjata tersebut.

Charlucci percaya tindakan banduan itu bertujuan untuk menakut-nakutkan Diddy dan meluahkan kebimbangan terhadap keselamatan rakannya itu.

"Penjara bukan tempat selamat untuk individu yang terlibat dalam kes seumpama ini (jenayah seks). Saya benar-benar risau tentang keadaannya," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: P. Diddy dipenjara empat tahun atas kes pelacuran

ARTIKEL BERKAITAN: P. Diddy didapati bersalah atas dua tuduhan pelacuran

Untuk info, Diddy atau Sean John Combs, 55, dijatuhkan hukuman penjara selama empat tahun serta denda sebanyak AS$500,000 (RM2.35 juta) atas kesalahan membawa dua bekas teman wanitanya ke luar negeri untuk tujuan pelacuran.

Hakim Persekutuan Arun Subramanian menyatakan bahawa Diddy telah menyalahgunakan kuasa dan pengaruhnya sebagai selebriti untuk memperhambakan dan mengawal dua bekas wanitanya iaitu Cassandra Ventura dan seorang lagi yang hanya dikenali sebagai Jane.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain