MENJADI rutin setiap tahun buat penyanyi Datuk Seri Rossa untuk menyediakan surat wasiat bagi memudahkan urusan pembahagiaan harta apabila dia sudah tiada.
Kata Rossa, 47, dia melakukan perkara itu sebagai persediaan kerana tidak mahu hartanya menjadi rebutan keluarga pada masa mendatang.
“Surat wasiat saya selalu sediakan. Kita tidak tahu umur berapa kita akan pergi.

Rossa mahu tinggalkan keluarga dengan tenang.
“Biasanya kalau ulang tahun atau apa, saya pasti sediakan wasiat. Saya tulis semua setiap tahun,” katanya.
Menurut Rossa dia sering kali mendengar harta peninggalan akan menjadi punca perselisihan dalam keluarga hingga membuatkan dia mahu menyusunnya lebih awal.
Jelasnya, dia bukan hanya meninggalkan harta buat anaknya, Rizky Langit Ramadhan, malah turut diberikan kepada adik beradik, ibu bapa serta pembantu rumah.
ARTIKEL BERKAITAN: Tak serasi bersama, anak Rossa larang ibu bapa kembali rujuk
ARTIKEL BERKAITAN: Rossa tak sengaja curi telefon pekerja salon, mengaku ada kleptomania
“Ini untuk Rizky, ini untuk adik-adik saya, untuk papa, mama, mbak Reni, Intan dan Gina. Saya tulis semua setiap tahun,” ujarnya.
Tambah Rossa, dia berharap dapat memastikan segala urusan selepas ketiadaannya berjalan lancar dan tidak membebankan orang yang disayangi.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


