suria

Song Ji Hyo tak putus asa, syukur perniagaan pakaian dalam semakin laku

Ji Hyo tak mengalah walaupun bisnes pakaian dalam pernah hampir gagal.

PELAKON Korea Selatan, Song Ji Hyo akhirnya membuka mulut tentang perjalanan perniagaan pakaian dalam wanita miliknya yang suatu ketika dahulu hampir berdepan kegagalan.

Namun berkat kesabaran dan kerja kerasnya, jenama tersebut kini menunjukkan peningkatan yang cukup membanggakan.

Menurut Ji Hyo, 44, pengalaman menguruskan perniagaan sendiri banyak mengajarnya tentang dunia keusahawanan, termasuk cara menghadapi cabaran dan memahami kehendak pasaran sebenar.

Ji Hyo syukur perniagaan pakaian dalam semakin dapat perhatian.

“Pada mulanya saya langsung tidak buat sebarang promosi kerana saya mahu melihat realiti sebenar pasaran.

“Daripada situ saya belajar cara pemasaran yang berkesan.

“Sekarang semuanya jauh lebih baik. Walaupun saya tak boleh kongsi angka sebenar, jualan kami meningkat dengan ketara,” katanya.

Tambah Ji Hyo, hasil kerja keras pasukan semakin menampakkan hasil yang positif, malah tekanan akibat masalah kewangan yang dihadapi sebelum ini juga semakin berkurangan.

ARTIKEL BERKAITAN: Bisnes pakaian dalam Song Ji Hyo tak menjadi, hanya terima dua ‘order’ sehari

ARTIKEL BERKAITAN: Gara-gara seekor serangga, Song Ji Hyo pergi balai polis minta bantuan

“Kini, jualan sangat memberangsangkan. Memang banyak peningkatan. Saya pun dah rasa kurang tertekan berbanding dahulu,” ujarnya.

Sebelum ini, aktres itu pernah mendedahkan perniagaan pakaian dalam wanita miliknya kurang mendapat sambutan pada awal pelancarannya. 

Untuk rekod, Ji Hyo melancarkan jenama pakaian dalam wanita miliknya itu pada Disember tahun lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

Zaiton Sameon bukan peserta GV12