PELAWAK Sule mendedahkan jumlah pendapatan yang pernah diraih menerusi platform digital.
Perkara itu dikongsikan sendiri oleh Sule, 49, ketika menerima kunjungan seorang pencipta kandungan, Inyong di kediamannya yang terletak di Tambun, Bekasi, Indonesia.
Dalam temu bual santai itu, bapa kepada penyanyi Rizky Febian itu berkongsi pengalaman membina kerjaya di dunia digital selepas melihat perubahan besar dalam industri hiburan tanah air.

Sule pernah dapat bayaran sebanyak RM303,000 sebulan.
Menurut Sule, era televisyen kini sudah berubah dan artis perlu berani menyesuaikan diri dengan perkembangan media sosial untuk terus relevan.
“Sekarang ni zaman dah lain. Kalau pandai urus, YouTube dan Facebook boleh bagi hasil yang sangat besar,” katanya.
Sule turut mendedahkan dia pernah memperoleh pendapatan sehingga Rp1.2 bilion (RM303,000) hanya dalam tempoh sebulan menerusi saluran YouTube miliknya.
ARTIKEL BERKAITAN: Sule pernah berhasrat tinggalkan rumah mewah, hidup di gunung berbual dengan monyet
ARTIKEL BERKAITAN: Sule menangis dapat cucu, tak sangka Rizky Febian dah jadi bapa
“Saya pernah dapat satu bulan tu Rp1.2 bilion,” katanya.
Sule mendedahkan perkara itu dalam satu rakaman video yang disiarkan di saluran Si Inyonk Official.
Tidak hanya itu, pelawak itu juga menjelaskan akaun Facebook miliknya turut memberikan pulangan yang sangat lumayan.

Sule aktif buat pengisian kandungan di platform digital sejak 2014.
“Paling sikit pun saya dapat sekitar Rp400 juta (RM101,000),” ujarnya.
Untuk info, Sule antara artis terawal yang beralih daripada dunia televisyen ke platform digital dan memulakan perjalanan YouTube sejak 2014.
Katanya, langkah itu diambil selepas menerima nasihat daripada seorang kenalan yang menetap di Amerika Syarikat yang melihat potensi besar media sosial sebagai sumber pendapatan baharu untuk penggiat seni.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


