suria

‘Emak Ratu’ sudah tiada, Mimi Peri kongsi berita sedih kehilangan ibu

Ibu Mimi Peri meninggal dunia.

IBU kepada personaliti media sosial Mimi Peri dilaporkan meninggal dunia pada Khamis.

Khabar duka itu dikongsikan sendiri oleh Mimi atau nama sebenarnya Ahmad Jaelani di Instagram miliknya.

"Ya Allah, emak sudah pulang sama Allah," katanya ringkas.

Mimi kongsi keadaan ibunya.

Mimi bagaimanapun tidak berkongsi lanjut mengenai punca kematian ibunya.

Sebelum itu, Mimi memaklumkan ibunya diserang sakit jantung dan memohon doa orang ramai.

"Mohon doa, emak ratu sakit jantung. Denyutannya tidak jalan lagi, sampai sekarang nafasnya belum stabil." tulisnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Jual suara jadi ‘alarm’ bangun sahur, ada sanggup bayar Mimi Peri RM5,000

ARTIKEL BERKAITAN: Mimi Peri nampak tak bermaya, terlalu penat sampai masuk hospital... Minta peminat doa cepat sembuh

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata rakan artis dan peminatnya turut bersimpati dengan berita sedih tersebut.

Ibunya yang juga digelar Emak Ratu sering tampil dalam kandungan video Mimi di laman sosial miliknya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain