PELAKON Zack Fanchiang secara terbuka membuat pendedahan dengan mendakwa isterinya berlaku curang sehingga membawa kepada perceraian.
Lebih mengejutkan lagi, dia menuduh isterinya, Guo Guo, menjalinkan hubungan sulit dengan penyanyi Prince Chiu, yang juga merupakan anggota kumpulan Lollipop.
Dalam satu video yang dimuat naik di Instagram, Zack mendakwa sikap Guo Guo mula berubah selepas pergi bercuti bersama Prince ke Amerika Syarikat, yang turut disertai beberapa rakan lain.

Zack mendedahkan isteri berlaku curang dalam sebuah video.
Katanya, dia juga mempunyai bukti kukuh tentang kecurangan itu namun enggan mendedahkannya kepada orang ramai.
Ketika rumah tangga sedang berdepan masalah, Zack juga telah duduk berbincang dengan Guo Guo namun dia tidak melihat sebarang perubahan positif pada isterinya itu.
“Tangan saya menggigil, peluh sejuk keluar, rasa macam dunia runtuh.
ARTIKEL BERKAITAN: Ramai ingat nampak ‘baby bump’, Gong Hyo Jin sangkal dakwaan hamil
ARTIKEL BERKAITAN: Tetamu dapat barangan elektrik, Amanda Manopo berhabis RM1.2 juta buat majlis kahwin... Semua guna duit suami
Saya tahu hari-hari mendatang mungkin sukar, tapi saya hanya mahu pertahankan maruah dan hati,” ujarnya.
Sementara itu, membalas video pendedahan tersebut, Prince menafikan dirinya menjadi orang ketiga dalam rumah tangga Guo Guo yang dianggap sebagai rakan baik.

Prince nafi jadi perosak rumah tangga orang lain.
Penyanyi itu menegaskan hubungan baiknya bersama Guo Guo adalah atas dasar simpati ketika perkahwinan wanita itu sedang berdepan masalah.
“Saya bukan perosak rumah tangga. Saya hanya terlalu ambil berat ketika tahu dia sedang berbincang soal perceraian,” jelasnya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


