SELEPAS 13 tahun, penyanyi Enrique Iglesias berasa teruja apabila dapat kembali menghiburkan peminat di India menerusi persembahan konsertnya.
Menerusi sebuah rakaman video tular di media sosial, Enrique dilihat menyapa peminat dengan isyarat tangan “Namaste,” disambut sorakan gemuruh daripada ribuan penonton.
Penyanyi lagu Hero itu turut turun dari pentas untuk berinteraksi dengan penonton bertuah di hadapan pagar keselamatan.

Konsert Enrique di Mumbai berlangsung selama dua hari.
Dalam momen mesra itu, Enrique sempat memeluk beberapa peminat dan ‘mencium’ seorang daripadanya sebelum ketawa dan meneruskan sesi salam mesra.
“Saya benar-benar teruja untuk kembali ke India. Peminat di sini antara yang paling setia dan penuh semangat di dunia," katanya.
Konsert ini merupakan sebahagian daripada siri jelajah dunia yang berlangsung selama dua malam di Mumbai.
ARTIKEL BERKAITAN: Udit Narayan pertahan tindakan cium peminat, sekadar tunjuk rasa cinta
ARTIKEL BERKAITAN: Peminat bertindak ekstrem, cuba nak cium Eunho... "Nasib baik cepat elak"
Ia sekali gus menandakan kepulangan Enrique ke India sejak persembahan terakhirnya pada 2012 semasa Euphoria World Tour.
Ribuan peminat berpeluang menyaksikan bukan sahaja persembahan muzik mantap, tetapi juga interaksi mesra Enrique yang menghangatkan suasana malam itu.
Antara lagu yang dipersembahkan termasuk Bailamos, I Can Feel Your Heartbeat dan Baby I Like It, lengkap dengan tarian ikonik penyanyi Sepanyol itu.
Penonton bersorak, menari dan melambai lampu mengikuti irama muzik, membuktikan sambutan hangat terhadap Enrique masih tidak pudar.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


