PENYANYI Zehra Zambri bertindak mengeluarkan surat tuntutan atau letter of demand (LOD) kepada suaminya iaitu Nur Mohd Iqwan Samsudin.
Ia susulan pelbagai kenyataan dikeluarkan Iqwan berhubung isu rumah tangga mereka yang kini sedang dalam proses perbicaraan di mahkamah.
"Saya kesal dengan tindakan suami yang memilih menjadikan isu rumah tangga kami sebagai bahan tatapan umum.
Zehra mengeluarkan surat tuntutan kepada suami.
"Tindakan tersebut bukan sahaja mengaibkan saya sebagai isterinya, tetapi juga memberi kesan buruk terhadap reputasi serta kerjaya saya sebagai anak seni.
"Sehubungan dengan itu saya mengambil keputusan untuk mengeluarkan surat tuntutan kepada pihak suami sebagai langkah awal sebelum tindakan undang-undang selanjutnya diambil berhubung fitnah dilemparkan," katanya.
Zehra berkongsi perkara tersebut menerusi beberapa hantaran dimuat naik di Instastory miliknya pada Selasa.
ARTIKEL BERKAITAN: [V] Suami dakwa Zehra Zambri panas baran, pernah kena pukul sebab peminat ‘like’ gambar IG
ARTIKEL BERKAITAN: Hanya bercakap fasal anak, Zehra Zambri dan suami masih tinggal serumah
Dalam pada itu, Zehra berkata, kenyataan Iqwan kepada media sebelum ini turut memberi kesan terhadap emosinya apabila dia menjadi bahan kecaman ramai.
"Penyebaran fitnah ini telah mengakibatkan saya menerima kecaman melampau, penghinaan serta kata-kata kesat daripada ribuaan pengguna media sosial yang terpengaruh dengan kenyataan sebelah pihak.
"Keadaan ini memberi tekanan emosi dan menjatuhkan maruah saya sebagai seorang wanita dan insan biasa," luahnya.
Kenyataan Zehra, 38, itu juga merujuk kepada maklum balas suaminya yang sebelum ini enggan melafazkan cerai kerana tidak bersetuju terhadap permohonan yang telah dibuat.
Zehra memfailkan cerai terhadap suami pada 7 Mac lalu.
Iqwan juga mendakwa dia menjadi mangsa keganasan rumah tangga sepanjang berkahwin dengan Zehra.
Untuk rekod, Zehra dan Iqwan berkahwin pada 11 November 2021 dan mereka dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Zahiyah Iqleela yang kini berusia tiga tahun.
Penyanyi itu memfailkan cerai terhadap Iqwan pada 7 Mac lalu di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Bandar Baru Bangi.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!