suria

Hanya dapat 1A dalam SPM, Sharifah Shahirah tetap bangga dengan Airra

Shiera tetap bangga dengan keputusan SPM Airra.

PENYAMPAI radio Sharifah Shahirah tetap berbangga dengan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) anak perempuannya iaitu Airra Zulkifli yang diumumkan pada Khamis.

Tanpa berselindung, Shahirah atau mesra disapa Shiera, 51, memaklumkan Airra hanya memperoleh satu A dalam peperiksaan tersebut menerusi subjek Bahasa Inggeris.

Manakala Airra, 18, turut mendapat B dalam subjek Sejarah, C (Matematik) dan E (Kimia).

Shiera hadir ke sekolah bagi menyemak sendiri keputusan SPM Airra.

“1A tanda memperoleh kemenangan!

“Baik semua lulus... B Sejarah, Kimia pula dapat E, kenapalah Airra ambil Kimia tak ambil melukis? Dia minat melukis," katanya.

Shiera berkongsi perkara itu menerusi hantaran di TikTok milik Sinar FM.

Shiera hadir sendiri ke Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Melawati, Kuala Lumpur bagi mengambil keputusan peperiksaan Airra.

ARTIKEL BERKAITAN: Foto pakai kasut dalam rumah suntingan AI, Jatt Ali dituduh kurang ajar... Sharifah Shahirah rasa kelakar ada netizen percaya

ARTIKEL BERKAITAN: Tahniah! Sharifah Shahirah dah jadi nenek, bagi cucu gelaran nama ‘Moana’ anak pulau

Bagaimanapun Airra tidak kelihatan selepas Shiera memaklumkan anaknya itu dalam perjalanan ke lapangan terbang untuk menaiki penerbangan ke Pulau Langkawi, Kedah.

Kata Shiera, Airra sudah mengetahui keputusan itu selepas membuat semakan secara dalam talian.

"Saya datang ke sekolah anak saya nak ambil keputusan SPM. Tapi anak saya tiada, dia hendak naik kapal terbang pergi Langkawi pukul 1 nanti.

"Jadi sekarang dia dalam perjalanan ke lapangan kapal terbang sebab sudah beli tiket lebih awal dan dia tidak tahu keputusan SPM keluar hari ini.

1A tanda memperoleh kemenangan!

SHARIFAH SHAHIRAH

PENYAMPAI RADIO

"Dia sudah tengok keputusan dalam talian tapi tidak mengapa saya datang untuk semak sendiri di sekolah," katanya.

Untuk rekod, Shiera mendirikan rumah tangga dengan pelakon Ijoy Azhari pada 2003.

Selain Airra, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata lain iaitu, Airel, 21, Audra, 16, dan Adeena, 9 tahun.

Sebelum itu, Shiera pernah berkahwin dengan penyanyi Jatt Ali dan mempunyai seorang anak bernama Tallisya, 27 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain