DRAMA bersiri Bidaah berjaya mencipta kejayaan luar biasa dengan mengungguli carta Viu Malaysia dan Indonesia selama lima minggu berturut-turut.
Susulan kejayaan itu, platform penstriman OTT Viu kembali dengan sebuah lagi drama bersiri yang dijangka mampu mencipta fenomena seperti Bidaah berjudul Pabila Dia Tersenyum.
Berbeza dengan Bidaah, drama adaptasi novel karya Liza Nur ini mengangkat genre romantik dan kekeluargaan.
Antara adegan mantap diantara Alya Iman dan Iqram Dinzly.
Penonton pastinya akan menyentuh jiwa dengan jalan ceritanya yang menampilkan pelakon hebat seperti Amir Ahnaf, Alya Iman dan Adam Lee.
Turut diserikan lagi dengan penampilan istimewa iaitu Rusdi Ramli, Marisa Yasmin, Zarynn Min, Iqram Dinzly, Nazrief Nazri dan Jay Iswazir.
Pabila Dia Tersenyum arahan Feroz Kader ini mengisahkan tentang seorang wanita muda iaitu Elina lakonan Alya Iman yang mempunyai impian besar namun dibesarkan di sebuah ladang kelapa sawit.
Elina mempunyai ayah yang pekak dan bisu manakala ibunya pula melarikan diri ke Kuala Lumpur bersama seorang lelaki.
ARTIKEL BERKAITAN: ‘Bidaah’ nombor satu di Viu Malaysia dan Indonesia, atasi drama popular Korea Selatan
ARTIKEL BERKAITAN: Fazlina Ahmad Daud terseksa kena minum air basuh kaki Faizal Hussein, beri kesedaran ajaran sesat dalam ‘Bidaah’
Lebih malang hidup Elina apabila bapanya dibunuh malah ketika dalam pencarian ibunya di Kuala Lumpur sehingga dia terlibat dalam dunia gelap pelacuran.
Takdir menemukan Elina dengan Zuhayr (Amir Ahnaf) dan bermulalah perjalanan yang penuh cinta dan gelora namun kemunculan Daniel (Adam Lee) yang ingin bersaing merumitkan hubungan mereka.
Pabila Dia Tersenyum mempunyai 15 episod dan bakal disiarkan bermula 24 April 2025 pada setiap Khamis, Jumaat dan Sabtu.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!