suria

‘Raja Dusta’ bukan sindir Farid Kamil, Diana Danielle mahu keberkatan dalam berkarya

Diana hormati pandangan peribadi setiap orang.

PELAKON Diana Danielle tidak menyindir mana-mana pihak menerusi single terbaharunya berjudul Raja Dusta.

Tegas Diana atau Diana Danielle Danny Beeson, 34, lagu itu juga bukan ditujukan kepada bekas suaminya yang juga aktor Farid Kamil kerana dia mahukan keberkatan dalam setiap perkara dilakukan.

“Saya mahukan keberkatan dalam melakukan sesuatu. Apatah lagi lagu itu akan selama-lamanya dengan saya. Akan jadi templete dan playlist.

 Diana mahu tonjolkan lebih bakat nyanyian.

“Saya tidak akan gunakan sesebuah lagu untuk ditujukan kepada sesiapa.

“Sebaliknya saya rasa lagu itu lebih relevan kepada orang yang sedang bercinta,” katanya kepada mStar.

Pun begitu, Diana tidak kisah sekiranya ada peminat menganggap lagu berkenaan mempunyai kaitan dengan bekas suaminya.

Menurutnya, setiap orang berhak mempunyai pandangan peribadi dalam karya yang dihasilkan.

ARTIKEL BERKAITAN: Dah banyak kali turun naik mahkamah, Diana Danielle harap Farid Kamil lepaskan

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Diana Danielle tak mahu ‘simpan’ anak, Farid Kamil boleh jumpa bila-bila masa

"Lagu-lagu saya sebelum ini pun dikaitkan dengan kisah hidup saya juga. Bagi saya itu perkara biasa sebab lagu bersifat peribadi dan mereka akan kaitkan dengan sesiapa saja.

"Semuanya terpulang pada pandangan peribadi mereka. Tapi niat saya mahu hiburkan orang dan tak nak fokus kepada perkara lain," ujarnya.

Tambah Diana, dia juga enggan menyajikan para pendengar sesuatu yang negatif sebaliknya mahu menunjukkan kemampuan diri dalam bidang nyanyian.

Sejujurnya Anita Sarawak adalah sumber inspirasi saya.

DIANA DANIELLE

PENYANYI/PELAKON

"Saya bukan lagi baru dalam nyanyian ini cuma mahu kembali aktif. Jadi saya mahu kembali dengan memfokuskan diri sendiri, kemampuan saya dan apa yang boleh saya beri kepada pendengar.

"Saya buat sesuatu bukan untuk dapatkan tanggapan buruk. Siapa yang kenal saya tahulah," luahnya.

Dalam pada itu, ibu kepada dua orang cahaya mata ini memberitahu dia mengambil inspirasi daripada penyanyi Anita Sarawak untuk menghasilkan lagu berkenaan.

Diana ambil inspirasi daripada penyanyi Anita Sarawak.

Katanya dia dan pihak pengurusnya bersetuju untuk kembalikan semula era penyanyi lagu Seksis itu.

"Sejujurnya Anita Sarawak adalah sumber inspirasi saya. Sebab saya membesar dalam industri ketika Kak Anita sedang rancak pada ketika itu.

"Saya ingat lagi ketika dia nyanyi lagu Seksis di Anugerah Juara Lagu (AJL), saya suka konsep dia kerana sangat lantang bersuara, semangat penghibur yang memukau," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain