PENAMPILAN terbaharu pelakon Fattah Amin semasa menghadiri satu acara rumah terbuka Aidilfitri menarik perhatian netizen apabila ada yang menegur bentuk tubuh aktor berkenaan yang dikatakan semakin berisi.
Menjawab komen netizen tersebut, rakan artis iaitu penyanyi Amira Othman memberitahu perubahan fizikal Fattah itu adalah kerana rutin senaman di gimnasium.
“Dia buff sebab main gim. Jangan cakap berisi nanti dia tak mahu makan langsung. Hehe!” katanya menerusi ruangan komen di sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya.
Amira membalas komen netizen yang mengatakan Fattah kini semakin berisi.
Dalam perkongsian tersebut, Amira memuat naik beberapa foto memperlihatkan dirinya bersama Fattah di sekitar acara rumah terbuka tersebut.
Penampilan Fattah yang menggayakan persalinan lengkap Baju Melayu rona perak itu menarik perhatian ramai apabila tubuh tegapnya menjadi perbualan netizen.
“Abang Long (panggilan Fattah) berisi betul ya sekarang. Nanti sambung duta Jakel nak kena tukar saiz ni,” tulis pengikut.
ARTIKEL BERKAITAN: Baju sedondon sebab urusan kerja, ada ‘halal gap’ antara Fattah Amin dan Amira Othman
ARTIKEL BERKAITAN: [V] Terkejut Fattah Amin tiba-tiba muncul gosip dah bertunang dengan Amira Othman
Gara-gara komen balas Amira itu, ada peminat berseloroh dan menganggap Amira sangat memahami dan mengetahui semua hal berkaitan Fattah.
“Bunyi macam Kak Long (panggilan Amira) risau sahaja tu sebab Abang Long (panggilan Fattah) tak nak makan.
“Macam mana Kak Long tahu dia main gim ek. Kak Long sangat memahami Abang Long.
“Wah, baiknya rakan sekerja memahami, ambil berat sangat. Tak mengapa kami faham,” ujar netizen.
Sebelum ini, Fattah dikaitkan mempunyai hubungan istimewa dengan Amira selepas aktor berkenaan bercerai dengan pelakon Nur Fazura pada 7 Oktober lalu.
Bagaimanapun, menerusi temu bual bersama mStar, Amira menjelaskan mereka hanya bekerjasama dalam muzik video single terbaharunya berjudul Bila Nak Kahwin?
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!