DOA ibu antara menjadi pembakar semangat Nabil Ahmad ketika tugasnya sebagai penyampai radio Era FM direhatkan bulan lalu.
Kata Nabil atau Ahmad Nabil Ahmad, 42, ibunya juga sangat positif ketika dia mengadu perkara itu kepadanya dan memintanya tidak bimbang soal rezeki.
“Saya ada mengadu kepada ibu minta dia doa. Kata ibu jangan risau. Dia pesan ‘majikan’ kita adalah Allah. Apa sahaja berlaku Allah tahu dan itulah yang terbaik.
Nabil bersyukur masih diterima baik peminat.
“Saya tak pernah rasa ‘down’ seperti itu dan pesan ibu membuatkan saya tenang,” katanya kepada mStar.
Nabil turut menceritakan kembali detik selepas menerima surat majikannya selepas isu melibatkan barisan penyampai 3 Pagi Era menjadi tular sebelum ini.
Sukar menerima keadaan ketika itu, dia bersama dua lagi rakan penyampai iaitu Radin dan Azad berpelukan menangis mengenangkan nasib mereka.
ARTIKEL BERKAITAN: Tarian didakwa persenda agama, Era dan penyampai 3 Pagi mohon maaf
ARTIKEL BERKAITAN: Hikmah direhatkan, Nabil Ahmad dapat dekat diri dengan Allah... Kontrak sebagai duta tak terganggu
“Kami sama-sama buat dan sama-sama tanggung akibat. Selepas dapat surat, kami menangis di depan pejabat sebelum pulang ke rumah.
“Ketika itu kami hanya mengenangkan nasib sendiri sebab semua orang ada tanggungjawab masing-masing.
“Apa yang berlaku adalah ketentuan Allah dan ujian buat kami di bulan Ramadan. Walau apa yang berlaku, kami sentiasa ada buat satu sama lain,” jelasnya.
Saya ada mengadu kepada ibu minta dia doa
NABIL AHMAD
PENYAMPAI RADIO
Awal Mac lalu barisan penyampai 3 Pagi Era berdepan kontroversi apabila mereka memuat naik video yang didakwa mempersendakan agama Hindu.
Susulan itu, pihak Astro Audio dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya memutuskan untuk merehatkan ketiga-tiga mereka.
Trio ini kembali memulakan tugas pada 7 April lalu.
Nabil, Radin dan Azad direhatkan susulan kontroversi melanda mereka sebelum ini.
Mengambil iktibar dari apa yang berlaku mereka kini lebih berhati-hati dan berusaha menjadi medium terbaik memberi pengajaram kepada pendengar.
“Dalam satu majlis sebelum ini Perdana Menteri berpesan agar kami menjadi jambatan dalam perpaduan. Itu kami lakukan sekarang,” jelasnya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!