BABAK bersentuhan pelakon Noorkhiriah dan Azhan Rani menerusi drama Seribu Tahun mengundang rasa kurang senang penonton.
Tidak melatah apabila menerima teguran itu, Noorkhiriah atau Noorkhiriah Ahmad Shapie, 47, mengakui kesilapan melakonkan babak tersebut meskipun dalam keadaan berlapik.
Kata Noorkhiriah, dia juga sudah berusaha menjaga batas dalam lakonan namun akur ketelanjuran dibuat itu.
Noorkhiriah memohon maaf atas kekhilafan dilakukan.
“Saya faham niat tidak menghalalkan cara walaupun berlapik, sedaya upaya saya cuba untuk tidak bersentuhan dan berlapik (sentuhan).
“Tapi itulah kadang-kadang kita terbabas. Ada satu babak yang belum keluar, Nor (watak Khiriah) didukung tapi yang didukung itu bukan saya. Saya jelaskan di sini.
“Mungkin kesilapan saya kerana membuka ruang untuk orang memberi kecaman, komen yang bukan-bukan,” katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: Penonton marah jalan cerita ‘Seribu Tahun’ perlahan, Noorkhiriah minta sabar tunggu episod seterusnya
ARTIKEL BERKAITAN: “Siap ada riben” - Noorkhiriah dapat kain kafan sempena ulang tahun
Noorkhiriah berkongsi perkara itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di TikTok miliknya.
Dalam pada itu, Noorkhiriah turut mengucapkan terima kasih kepada netizen yang membuat teguran dan berjanji akan memperbaiki diri untuk menjadi individu lebih baik.
“Apa pun terima kasih di atas setiap teguran, saya terima. Insya-Allah segala yang buruk daripada saya, yang baik dari Allah.
Drama Seribu Tahun menggandingkan Noorkhiriah (kanan) bersama Azhan (kiri).
“Saya sedaya upaya berusaha untuk menjadi lebih baik daripada sebelum ini,” ujarnya.
Sebelum ini, tular di media sosial memaparkan video Noorkhiriah memegang paha Azhan menerusi satu babak.
Meskipun babak tersebut dilakonkan secara berlapik, namun ada segelintir netizen yang berasa kurang senang melihat tindakan mereka kerana menganggap perbuatan itu tidak manis memandangkan Noorkhiriah kini sudah berhijrah.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!