suria

Cerai Adira peristiwa hitam dalam hidup, Datuk Red anggap hukuman atas kealpaan

Adnan berjanji tidak akan mengulangi kesilapannya sebagai suami.

GENAP setahun penceraian, usahawan Datuk Seri Adnan Abu menganggap perpisahan dengan penyanyi Adira Suhaimi adalah satu peristiwa hitam dalam hidupnya. 

Adnan atau mesra disapa Datuk Red, 47, berkata, dia menerima penceraian itu sebagai hukuman atas segala kekhilafan yang dilakukan sebelum ini. 

Usahawan berkenaan turut mengucapkan terima kasih kepada Adira kerana sudah menjadi isteri terbaik dan memberi gambaran akan memperbaiki hubungan mereka selepas ini. 

Adnan mahu kembali menjadi suami bertanggungjawab.

“Genap setahun peristiwa hitam (bercerai) saya, ini pengajaran dan hukuman ke atas saya yang alpa. 

“Terima kasih Adira selama ini menjadi isteri saya. Semoga awak berbahagia dan yang penting sihat dan yang penting sihat untuk menjaga anak-anak saya. Saya akan kembali nanti,” katanya. 

Adnan berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di TikTok miliknya. 

ARTIKEL BERKAITAN: “Anak bulan tak kelihatan” - Datuk Red tak jadi nikah Adira Aidilfitri ini, reda menduda sampai tua

ARTIKEL BERKAITAN: Datuk Red menyendiri di rumah pada hari raya, tiada aktiviti selain buat ‘live’ di TikTok

Tidak hanya itu, penggunaan tanda pagar yang dimuat naik turut mendapat perhatian ramai menunjukkan kesungguhan Adnan membuktikan cintanya kepada penyanyi lagu Milik Kita ini. 

Antara tanda pagar yang digunakan termasuk #sumpahakutakcarilain #tapitunggujodoh #misihabiskanjualanbaju #akutakakandudukdikerusitulagi #akuakankembalimenjadisuamiyangbertanggungjawab #jikatidakakurelamendude #wanitelainjanganteraiaku #akusucidansetia. 

Pada Julai tahun lalu, Adnan meluahkan hasrat mahu berkahwin semula dengan Adira pada Aidilfitri tahun 2025.

Bagaimanapun, hasratnya itu tidak kesampaian atas faktor kewangan menjadi salah satu punca dia membuat keputusan untuk tangguhkan niat menikahi semula Adira. 

Untuk rekod, Adnan dan Adira pernah berkahwin pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua, namun bercerai pada 24 April tahun lalu. 

Adnan sebelum ini menceraikan Datin Red (kiri) dan Adira (kanan).

Adnan sebelum ini menceraikan Datin Red (kiri) dan Adira (kanan).

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, 7, Asan, 6, Anggun, 5, dan Ayob yang kini berusia 3 tahun. 

Perkahwinan Adnan bersama isteri pertama iaitu Datin Seri Sharifah Norshafil Hassim juga berakhir dengan penceraian pada 13 Mei tahun sama dan mereka dikurniakan luma orang cahaya mata. 

Malah Adnan juga pernah berkahwin ketika berusia 20 tahun namun bercerai selepas lima tahun bersama dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain